Pages

Isnin, 30 April 2012

Selawat Jauharatul Kamal

Ertinya,
Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat. Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna. Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih. Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.

Isnin, 16 April 2012

Kelas Klinik Matematik


Muhammad Shakib Shamsudin menunjukkan cara mudah mengingati sifir.


Murid dan pelajar sekarang cekap, pantas, bijak dan jauh ke hadapan daripada anggapan ibu bapa dan masyarakat, lantaran itu pengajaran secara konvensional di sekolah tidak lagi relevan." Lontaran pandangan daripada anak muda berusia 30 tahun ini agak berani dan tidak mustahil menimbulkan riak kurang senang terutama di kalangan warga pendidik.

Sinonim pula dengan penglibatannya sebagai usahawan muda yang kini mengusahakan empat cawangan pusat tuisyen, The Maths Clinic Tuition Centre (Maths Clinic) di Setiawangsa, Wangsa Maju dan Cheras di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak, kenyataan Muhammad Shakib Shamsudin, 30, agak berbaur berat sebelah.

"Apa yang saya lontarkan ini, berdasarkan apa yang dikongsi bersama pelajar di pusat tuisyen ini rata-rata mengakui mereka mahukan kelainan, bukan lagi sekadar menadah telinga mendengar dan menerima nota sebaliknya mahu penyampaian maklumat pantas, sepantas mereka melayari Internet,'' ujarnya ketika di temui di Wangsa Maju, salah satu pusat tuisyen miliknya, baru-baru ini.

Tidak dinafikan sebahagian besar ibu bapa sanggup melabur untuk membaiki prestasi akademik anak-anak agar lebih cemerlang.

Sabtu, 14 April 2012

Formula-formula untuk Bentuk dan Ruang